Profil CEO - Sandy Tan

Sandy Tan telah bergraduasi dalam ijazah Sarjana Muda Perundangan. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam mempertingkatkan pemasaran dan juga merupakan imej jenama bagi Pusat Pakar Mata OPTIMAX.

Memulakan karier beliau dalam bahagian pengurusan dan pemasaran, Sandy membawa semua pengalaman beliau di institusi kewangan tempatan dalam pasaran modal dan bahagian ekuiti.

Sudah sekian lama mempunyai latar belakang personaliti otak kiri yang berfikiran logik dan analisis, Sandy membuat keputusan untuk mengubah kepada sisi kreatif dimana beliau menyambung pelajaran dalam bidang lakaran fesyen di kota London. Setelah menamatkan pengajian di sana, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menceburi dalam dunia fesyen tanah air terutama dalam bahagian pembelian dan dagangan.

Di Pusat Pakar Mata OPTIMAX, Sandy mendedikasikan dirinya ke arah pembangunan perniagaan dan strategi pemasaran. Daripada pengacaraan aktivit pemasaran di serata negara sehingga menghadirikan diri dalam mesyuarat, Sandy memainkan peranan yang penting dalam membangunkan syarikat. Dengan personaliti yang berkeyakinan besar dan sentiasa berusaha ke arah pembangunan syarikat, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak tahun 2015. 

Keperibadian yang sememangnya amat diperlukan dalam dunia korporat masa kini. Beliau sentiasa meletakkan visi dan misi di tempat yang betul.