PENGURUSAN PENYAKIT MATA & KEADAAN OKULAR LAIN /

Pakar Diabetik Retinopati di Malaysia

Komplikasi daripada penyakit diabetis yang akan menyebabkan kerosakan pada sel dan salur darah di bahagian belakang mata (retina).

Diabetic Retinopathy

Rj. Penglihatan dengan penyakit Diabetik Retinopati (kiri) dan Penglihatan Normal (kanan)

Punca Diabetik Retinopati

Kanaikan paras gula dalam darah akan meyebabkan:

  • Kebocoran salur darah retina
  • Pembengkakan retina & makula
  • Pembentukan salur darah & sel tisu baru – dalam Diabetik Retinopati Proliferatif

Tanda dan gejala

Diabetik retinopati tahap permulaan selalunya tidak mempunya apa-apa simptom. Semakin berlanjutan penyakit tersebut, anda mungkin akan mengalami beberapa keadaan:

  • Mendapati bintik hitam atau kosong di tengah-tengah medan penglihatan
  • Bentuk menjadi senget
  • Kehilangan penglihatan pusat
  • Kehilangan penglihatan yang teruk

Muat Turun Risalah (PDF)

RAWATAN GLAUKOMA

Rawatan Diabetik Retinopati

  • Rawatan Laser untuk membalut kebocoran salur darah dan meghalang pembentukan salur darah yang baru.
  • Vitrektomi (kaedah pembedahan) untuk mengeluarkan dan menggantikan cecair berupa gel di bahagian mata dipanggil vitreous. Kaedah ini diperlukan dalaam pesakit yang mempunyai Diabetik Retinopati Proliferatif.