RAWATAN KATARAK /
Pertukaran Kanta Refraktif (RLE)
Pertukaran Kanta Refraktif adalah salah satu prosedur pembedahan dimana kanta semula jadi akan dikeluarkan dan diganti dengan kanta palsu yang jernih. Kanta palsu yang jernih ini juga dipanggil sebagai kanta intra okular (IOL) dan ia membetulkan kuasa optikal mata. Ia bermakna anda tidak perlu lagi mengharapkan kepada pemakain cermin mata atau kanta lekap untuk melihat dengan jelas.
Rj. Kanta Intra Okular (IOL)
Pemilihan Kanta Intra Okular
Kami menawarkan pelbagai jenis kanta intra okular (IOL). Pakar oftalmologi kami akan membantu anda untuk memilih pilihan yang akan memberikan banyak faedah kepada anda.
- Monofokal
- Multifokal
- Monofokal beserta astigmatisme
- Multifokal beserta astigmatisme
Berapa lama masa yang diambil untuk prosedur ini? Adakah ia selamat?
Prosedur ini hanya mengambil masa tidak melebihi 30 minit oleh para pakar oftalmologi kami. Prosedur ini kebiasaannya dilakukan pada satu satu dalam satu masa.
Ia juga telah menjadi prosedur pembedahan yang biasa dilakukan di dunia. Secara anggarannya, prosedur ini dilakukan oleh 1.5 juta orang setiap tahun. Prosedur ini juga telah terbukti selamat dalam merawat katarak.
Prosedur Pertukaran Kanta Refraktif
LANGKAH 1
Sekecil 3 mm belahan akan dibuat di lapisan kornea. Tip ultrasound akan dimasukkan melalui belahan itu
dengan tujuan untuk melembutkan dan mengeluarkan kanta semula jadi.
LANGKAH 2
Setelah kanta semula jadi telah berjaya dikeluarkan, kanta palsu akan dimasukkan secara berhemah bagi
mengekalkan tahap penglihatan yang baik. Disebabkan saiz belahan yang terlalu kecil itu, tiada jahitan
diperlukan untuk menutup belahan tersebut.
LANGKAH 3
Selamat datang ke alam kehidupan yang baru dengan kadar penglihatan yang lebih terang.
Kelebihan
- Mengekalkan tahap penglihatan jauh yang baik
- Mengekalkan kebolehan membaca (dengan menggunakan kanta multifokal sahaja)
- Menghapuskan keperluan pembedahan katarak pada masa hadapan
- Proses penyembuhan yang cepat
- Menjamin keputusan yang terbaik
Disyorkan kepada sesiapa yang:
- Ingin mengurangkan kebergantungan kepada pemakaian cermin mata
- Tidak sesuai membuat rawatan Lasik
- Melebihi umur 18 tahun dan mempunyai ralat refraktif yang stabil
- Menghadapi kesusahan dalam penglihatan jarak dekat
- Mempunyai tahap kesihatan yang terbaik
DAFTAR SEKARANG UNTUK PEMERIKSAAN MATA!
Hubungi Kami Hari Ini!
Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!
Sili isi maklumat anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi kami terus di talian tol percuma 1800 88 1201.
Tertakluk kepada terma & syarat.
BORANG PENDAFTARAN
* perlu diisikan.