PENGLIHATAN KANAK-KANAK & PENJAGAAN MATA /

Mata Juling Kanak-kanak

Strabismus juga dikenali sebagai mata bersilang atau juling dan juga merujuk pada mata yang tidak sejajar. Ketidak seiringan mata berkemungkinan akan ke dalam (esotropia) atau ke luar (exotropia). Salah satu mata mungkin akan lebih tinggi berbanding satu mata lagi. Strabismus juga boleh menjerumus kepada penglihatan berganda (diplopia), yang memaksa otak untuk mengabaikan salah satu mata sehingga menyebabkan seseorang mendapat amblyopia atau mata malas.

Kesan Strabismus

Juling boleh menjadi berterusan, selalu ada sepanjang masa atau boleh berselang-seli dan berlaku dalam situasi tertentu seperti ketika kanak-kanak sedang membca, letih atau ketika mereka melihat pada jarak yang jauh. Kesan daripada perbuatan ini ialah:

  • Amblyopia atau Mata Malas
  • Persepsi kedalaman dan pandangan binocular yang lemah
  • Kedudukan kepala yang tidak normal

Juling semu (Pseudo-squint)
Sebilangan kanak-kanak terutamanya dalam kalangan Asia kelihatan mempunyai masalah juling kerana lipatan kulit yang meliputi sudut dalam mata. Keadaan sebegini tidak memerlukan rawatan.

 
 

Rawatan Juling

Rawatan bergantung kepada masa, jenis dan tahap juling. Dalam kalangan kanak-kanak, juling dirawat untuk meningkatkan penglihatan. Rawatan untuk kanak-kanak juling termasuklah:

  • Merawat masalah amblyopia terlebih dahulu
  • Memakai cermin mata
  • Pembedahan
  • Terapi penglihatan

Muat Turun Risalah (PDF)

BUAT TEMUJANJI

Hubungi kami hari ini

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

HUBUNGI KAMI