RAWATAN REFRAKTIF SECARA LASER /

ReLEx SMILE

ReLEx SMILE merupakan kaedah yang kurang invasive dalam merawat rabun jauh dan astigmatisme (silau). Kaedah laser tradisional melibatkan penciptaan bukaan lapisan kornea (flap) sebelum menggunakan laser yang kedua iaitu Laser Excimer untuk mengubah suai bentuk kornea. Dalam ReLEx SMILE, tiada penciptaan bukaan lapisan korea (flap) diperlukan.

Prosedur

  1. Dalam kaedah rawatan ReLEx SMILE, Laser Femtosecond akan digunakan untuk membentuk lentikul di bahagian kornea.
  2. Laser Femtosecond mampu menembusi permukaan korna tanpa melibatkan proses pemotongan atau menyebabkan kerosakan pada lapisan permukaan.
  3. Belahan kecil bersaiz 3-4mm dibuat di bahagian sisi kornea.
  4. Lentikul yang dihasilakn akan dikeluarkan melalui belahan kecil tersebut.
  5. Apabila lentikul itu berjaya dikeluarkan, bentuk kornea telah diubahsuai sekali gus mengubah ralat refraktif mata.

Perbandingan

Hanya belahan bersaiz 4mm diperlukan dalam kaedah ReLEx SMILE. Teknik invensif yang minimal membenarkan sel tisu kekal sekali gus memastikan kekuatan biomekanikal kornea dalam keadaan yang kukuh dan kuat.

ReLEx SMILE

Kelebihan

  • Selamat
  • Kurang sakit, cepat dan selesa
  • Tanpa bilah
  • Tanpa bukaan besar (flap)
  • Direka khas mengikut profil pesakit
  • Proses pemulihan yang cepat
  • Kualiti penglihatan yang baik
  • Kurang rasa mata kering
  • Mengekalkan kekuatan kornea
  • Bebas bunyi dan bau busuk

5 YEARS OF SUCCESSFUL SURGERIES CERTIFICATION
by Carl Zeiss Pte Ltd.

Disyorkan kepada:

  • Lebih menyukai rawatan lasik tanpa bilah, bukaan besar (flap) atau kurang invasif
  • Ingin mengalami ketidakselesaan mata yang lebih rendah selepas menjalani rawatan
  • Ingin mengekalkan kekuatan kornea asli
  • Ingin memelihara saraf kornea sebanyak mungkin
  • Memerlukan alternatif lain untuk ASA atau Femto-LASIK
  • Mempunyai mata kering 

RISALAH (PDF) SOALAN LAZIM LASIK

DAFTAR SEKARANG UNTUK PEMERIKSAAN MATA!

Hubungi Kami Hari Ini!

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

Sili isi maklumat anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi kami terus di talian tol percuma 1800 88 1201.

Tertakluk kepada terma & syarat.

BORANG PENDAFTARAN









* perlu diisikan.