RAWATAN REFRAKTIF LAIN /

Implan Kanta Dalam Mata (ICL)

ICL merupakan kanta lembut dan fleksibel yang direka khas untuk diimplan dlama mata (antara bahagian iris dengan kanta semulajadi mata) bagi memberikan anda penglihatan yang jelas. Ia diperbuat daripada Collamer (bahan yang berasaskan kolagen yang serasi dengan mata). Kaedah ini menjadi pilihan pembedahan yang popular bagi mereka yang mencari alternatif yang kekal tetapi boleh diterbalikakan kepada LASIK atau prosedur pembetulan penglihatan laser yang lain.

ICL

 

Kanta Yang Boleh Anda Harapkan 

Teknologi yang canggih untuk para atlet dan tentera AS. Sehingga kini, pakar bedah tentera AS telah mengimplan kanta ICL ke dalam ribuan mata peaskit. Sebanyak 98% pesakit mencapai ketajaman penglihatan yang normal 20/20 manakala sebanyak 100% pesakit mampu melihat dengan lebih jelas.

Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk menjalani prosedur ini? Adakah Ia Selamat?

Kaedah Implantasi Kanta Dalam Mata (ICL) adalah salah satu prosedur di mana pakar oftalmologi mengambil masa hanya lebih kurang 8-10 minit untuk setiap mata. Lebih daripada 3 juta kanta ICL digunakan serata dunia sejak tahun 1997 dan ia juga merupakan prosedur yang paling selamat. Kanta EVO juga diluluskan oleh DEKRA dan FDA AS.


Rawatan ICL

LANGKAH 1

Implantable Contact Lens (ICL)

Pembukaan bersaiz kurang dari 3mm dibuat

LANGKAH 2

Implantable Contact Lens (ICL)

Kanta ICL dimasukkan di belakang iris dan di hadapan kanta kristal

LANGKAH 3

Implantable Contact Lens (ICL)

Kedudukan kanta ICL diselaras dengan baik

LANGKAH 4

Implantable Contact Lens (ICL)

Pandangan mata secara normal akan dicapai setelah melakukan prosedur ini. Tiada siapa yang akan dapat melihat ICL di mata, kecuali doktor dengan mikroskop khas.

Kelebihan

  • Selamat
  • Kurang sakit, cepat dan selesa
  • Proses pemulihan yang cepat
  • Kualiti penglihatan yang baik siang dan malam
  • Tiada mata kering
  • Tidak dapat dilihat dengan mata kasar
  • Kekal dan boleh diterbalikkan
  • Perlindungan cahaya ultra ungu (UV)
  • Disyorkan untuk mereka yang mungkin bukan calon penglihatan laser yang baik
  • ICL Bebas Porcine (Halal) tersedia

Disyorkan kepada:

  • Mahu keluar dari cermin mata atau kanta lekap mereka
  • Siapa yang mungkin tidak sesuai untuk pembetulan penglihatan laser
    • Mempunyai kornea yang nipis
    • Mempunyai kuasa mata yang sangat tinggi (cth: -10.00 DS hingga -19.00 DS)
    • Mempunyai astigmatisme yang sangat tinggi (cth: -4.00 DC hingga -6.00 DC)
  • Mereka yang mengalami mata kering

RISALAH (PDF) SOALAN LAZIM

DAFTAR SEKARANG UNTUK PEMERIKSAAN MATA!

Hubungi Kami Hari Ini!

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

Sili isi maklumat anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi kami terus di talian tol percuma 1800 88 1201.

Tertakluk kepada terma & syarat.

BORANG PENDAFTARAN









* perlu diisikan.