PENGLIHATAN KANAK-KANAK & PENJAGAAN MATA /

Ortoptis

Ortoptis ialah pengamal penjagaan mata yang pakar dalam menilai dan merawat pesakit yang mempunyai gangguna system penglihatan yang berkait rapat dengan penglihatan binokular dan pergerakan mata. Ortoptis melayani pesakit dari semua peringkat umur. Ortoptis bertumpu kepada kaedah rawatan yang tidak melibatkan pembedahan termasuklah amblyopia dan mata juling.

PROFIL Ortoptis

Apakah jenis ujian yang terlibat?

Ahli ortoptis akan melakukan satu siri ujuan untuk menilai tahap penglihatan, kemampuan fokus, fungsi binokular mata dan pergerakan mata:

  • Stereofly: Untuk menilai persepsi penglihatan dan kedalaman pandangan 3D
  • Worth 4 Dot: Tahap penglihatan binokular
  • Fusional Vergence: Kemampuan untuk mengekalkan imej tunggal
  • Extraocular motility: Pemeriksaan otot mata
  • Cover test: Darjah pergerakan mata
  • HESS chart: Fungsi otot mata
  • Vision test (daripada umur 6 bulan dan ke atas)

Apakah jenis rawatan yang ditawarkan oleh ahli ortoptis?

  • Cermin mata
  • Prisma atau Prisma Fresnel
  • Terapi oklusi
  • Terapi atau senaman mata

Siapakah yang perlu untuk berjumpa ahli ortoptis?

  • Pengukuran akuiti penglihatan (semua peringkat umur termasuk bayi kecil semuda umur 6 bulan)
  • Mata malas
  • Mata juling
  • Pandangan berganda

Jadual Pemeriksaan Mata Yang Disyorkan

UMUR Masa Pemeriksaan Mata
  Memulakan pemeriksaan pada umur 6 bulan dan diteruskan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor.
2 – 6 tahun Pemeriksaan mata secara menyeluruh akan dilakukan apabila kanak-kanak dapat mengenalpasti bentuk.
< 40 tahun Setiap 2 tahun sekali atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
40 tahun dan ke atas Setahun sekali atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Mereka yang memakai cermin mata atau kanta lekap
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan (seperti Diabetis, Darah Tinngi) 6 bulan sekali atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
 

BUAT TEMUJANJI

Bercakap dengan kami sekarang

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami yang sangat berpengalaman sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

HUBUNGI KAMI