RAWATAN REFRAKTIF SECARA LASER /

Femto-LASIK

Femto-LASIK juga dikenali sebagai Laser LASIK yang disesuaikan. Ia merupakan prosedur yang akan memperbetulkan rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme (silau).  SMILE merupakan kaedah yang kurang invasive dalam merawat rabun jauh dan astigmatisme (silau). 

Prosedur

  1. Dalam kaedah Femto-LASIK, Laser Femtosecond digunakan untuk membuat bukaan (flap) pada bahagian kornea.
  2. Bukaan tersebut akan diangkat dengan lembut ke atas bagi mendedahkan lapisan kornea.
  3. Laser Excimer akan digunakan untuk mengubahsuai bentuk dalaman kornea sekali gus mengubah ralat refraktif mata.
  4. Setelah dirawat dengan Laser Excimer, bukaan tersebut diletakkan semula ke tempat asal secara perlahan.
Femto-LASIK

STEP 1: Corneal flap created by Femtosecond laser
Femto-LASIK

STEP 2: Customised laser used to correct existing eye power
Femto-LASIK

STEP 3: Corneal flap replaced back to original position

Femto-Lasik vs Lasik Konvensional

Femto-LASIK

Femto-Lasik

Femto-LASIK

Lasik Konvensional

Kelebihan

  • Selamat
  • Kurang sakit, cepat dan selesa
  • Tanpa bilah
  • Direka khas mengikut profil pesakit
  • Proses pemulihan yang cepat
  • Kualiti penglihatan yang baik
  • Penciptaan bukaan (flap)

Disyorkan kepada:

  • Lebih menyukai rawatan yang memerlukan penciptaan bukaan (flap) dengan lebih selamat dan tepat berbanding kaedah LASIK tradisional yang menggunakan bilah
  • Memerlukan alternatif lain untuk ASA atau Femto-LASIK
  • Mempunyai ketebalan lapisan kornea yang mencukupi supaya kaedah rawatan boleh dilakukan dengan selamat dan kurang komplikasi

RISALAH (PDF) SOALAN LAZIM LASIK

FemtoLASIK-S

FemtoLASIK-S merupakan prosedur khas FemtoLASIK yang menggunakan laser excimer SCHWIND AMARIS 1050RS.

Prosedur

Femto-LASIK S

LANGKAH 1: Ukuran mata akan diambil dengan menggunakan mesin penganalisis gelombang Schwind Combi sebelum memulakan rawatan.
Femto-LASIK S

LANGKAH 2: Laser Femtosecond digunakan untuk mencipta bukaan (flap) pada bahagian kornea mata.
Femto-LASIK S

LANGKAH 3: Bukaan (flap) akan diangkat secara lembut untuk mendedahkan bahagian dalaman kornea mata.
Femto-LASIK S

LANGKAH 4: Lapisan dalaman kornea akan diubahsuai bentuk dengan menggunakan laser excimer SCHWIND AMARIS 1050RS sekali gus dapat mengubah ralat refraktif mata anda.
Femto-LASIK S

LANGKAH 5: Setelah dirawat dengan laser excimer, bukaan (flap) akan diletakkan semula dengan lembut pada tempat asal.

Kebaikan

Laser excimer SCHWIND AMARIS 1050RS merupakan laser excimer terpantas yang paling tinggi di pasaran pada masa ini dengan pelacak mata 7D yang belum pernah wujud sebelum ini. Masa rawatan yang sangat pendek yang dibantu oleh pelacak mata dapat memberikan hasil keputusan yang tepat.

Sebelum rawatan dijalankan, mata anda akan diukur dengan menggunakan mesin penganalisis gelombang Schwind Combi. Mesin tersebut mempunyai satu sistem diagnostik yang berkuasa dalam menganalisis bahagian kornea secara menyeluruh dan merancang prosedur rawatan.

Kelebihan (AMARIS 1050RS):

  • Laser excimer yang terpantas di dunia – masa penetapan yang pendek, sekali gus masa rawatan jugak pendek.
  • Automatic Fluence Level Adjustment (AFLA) – Keseimbangan yyang ideal antara nilai kelancaran tinggi dan rendah yang membawa kepada penghalusan kornea yang optimum.
  • Intelligent Thermal Effect Control (ITEC) – Tisu kornea dipanaskan secara minimal semasa rawatan
  • Mesin pelacak mata 7 dimensi (temasuk ruang dan masa) – ketepatan rawatan yang baik dan menawarkan tahap keselamatan yang tinggi

Muat Turun Risalah (PDF)

Kelebihan (FemtoLasik-S):

  • Selamat
  • Kurang rasa sakit, pantas dan selesa
  • Tanpa bilah
  • Masa pemulihan yang cepat
  • Kualiti penglihatan yang cemerlang
  • Boleh dinaiktaraf kepada FemtoLASIK-PRO*

FemtoLASIK–PRO* merupakan rawatan FemtoLASIK-PRO berpandukan gelombang penuh untuk pesakit yang mempunyai kualiti penglihatan awal yang kabur dan penglihatan malam yang teruk. Rawatan berpandukan gelombang penuh ini sangat penting untuk memaksimumkan hasil penglihatan untuk pesakit khusus ini.

* Naiktaraf ini hanya disarankan oleh doktor yang merawat selepas melakukan pemeriksaan mata yang lengkap.

DAFTAR SEKARANG UNTUK PEMERIKSAAN MATA!

Hubungi Kami Hari Ini!

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

Sili isi maklumat anda di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi kami terus di talian tol percuma 1800 88 1201.

Tertakluk kepada terma & syarat.

BORANG PENDAFTARAN









* perlu diisikan.