PENGLIHATAN KANAK-KANAK & PENJAGAAN MATA /

Pemeriksaan Mata untuk Kanak-Kanak

Perkembangan penglihatan yang normal sangat cepat dalam masa enam bulan pertama kehidupan dan is berlanjutan sehingga umur satu dekad. Pemeriksaan matasa sangat penting sebagaimana ai akan mendedahkan kemungkinan gangguan penglihatan dan dapat dirawat dengan lebih awal.

Keberkesanan rawatan menurun dengan pertambahan usia.

Pengenalpastian masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak pada peringkat awal manjadi sangat penting kerana kanak-kanak sering lebih bertindakbalas terhadap rawatan jikalau masalah didiagnosis lebih awal.

Penglihatan adalah kemahiran yang dipelajari sama seperti berjalan dan bercakap. Kanak-kanak belajar dengan menggunakan mata dan otak bersama-sama untuk menyelesaikan tugas harian mulai dari membaca sehinggalah menangkap dan membaling bola. Sekiranya kurang berkembang, ia dapat menghalang kemampuan belajar dan pencapaian secara serius.

Pemeriksaan mata pada peringkat awal juga amat penting kerana kanak-kanak memerlukan kemahiran asas yang berkaitan dengan penglihatan yang baik untuk meneruskan sesi pembelajaran:

  • Penglihatan jarak dekat
  • Penglihatan jarak jauh
  • Koordinasi kedua-dua mata
  • Kemahiran pergerakan mata
  • Kemahiran fokus
  • Kesedaran bahagian sisi
  • Koordinasi tangan-mata

Kanak-kanak yang berisiko kepada masalah penglihatan

Kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah penglihatan amat memerlukan pemeriksaan mata yang pertama pada umur 6 bulan dan juga memerlukan pemeriksaan mata secara berkala sepanjang masa kanak-kanak.

Contoh faktor risiko ialah:

  • Sejarah kelahiran prmatang atau berat lahir yang rendah
  • Kelewatan perkembangan pertumbuhan
  • Mata bersilang (juling)
  • Sejarah keturunan yang bepenyakit berkaitan mata
  • Ralat refraktif yang tinggi atau aniosmetropia
  • Mempunyai penyakit fizikal yang lain

Berikan anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan hari iini, bermula dengan memiliki penglihatan yang baik!

BERCAKAP DENGAN KAMI SEKARANG

BUAT TEMUJANJI

Hubungi kami hari ini

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

HUBUNGI KAMI