PENGURUSAN PENYAKIT MATA & KEADAAN OKULAR LAIN /

Pakar Mata Kering di Malaysia

Mata kering merupakan fenomena biasa apabila seseorang itu tidak mempunyai kuantiti air mata yang secukupnya dalam melembapkan mata.

Dry Eye

Punca Mata Kering

Mata kering terjadi kerana kekurangan penghasilan air mata yang secukupnya, atau air mata tersejat terlalu cepat. Mata kering kebiasaannya dialami oleh:

  • Pemakai kanta lekap
  • Mereka yang bekerja dalam persekitaran berhawa dingin
  • Mereka yang menggunakan computer dalam tempoh yang panjang

Tanda-tanda mata kering:

  • Mata sakit dan merah
  • Mata berasa pedih
  • Rasa berpasir
  • Kabur penglihatan secara sementara
  • Tidak selesa semasa memakai kanta lekap
  • Mata berair

Punca Utama:

  • Ketidakcukupan air mata
  • Keadaan persekitaran yang berangin, kering dan berhabuk
  • Berlebihan dalam penggunaan computer dan telefon bimbit
  • Faktor umur
  • Mempunyai penyakit sistemik yang lain
  • Penggunaan sesetengah jenis ubatan (Antihistamin, Pil perancang kehamilan dan lain-lain)

Mata kering selalunya disebabkan oleh Ketidakfungsian Kalenjar Meibomian (MGD) dan Blepharitis.

Dry eyes treatments

Rawatan Mata Kering

Rawatan termasuk dengan mengubah cara kerja, penggunaan air mata palsu (ubat titis mata) dan penggunaan titik palam, E-Eye/ IRPL and Blephex.

Muat Turun Risalah (PDF)

Langkah-langkah untuk melegakan mata kering

Proper diagnosis is the 1st Step

Tear Lab merupakan alat yang digunakan untuk megukur tahap kekeringan mata. Hanya juian ini dapat mengukur osmolariti air mata dan memberikan penilaian berobjektif mengenai kualiti air mata anda.

Tear Lab