RAWATAN GLAUKOMA /

Pakar Implentasi iStent di Malaysia

Kini terdapat peluang keemasan sekali seumur hidup yang membolehkan untuk merawat glaukoma dan katarak dalam masa yang sama. Jika anda sedang dirawat glaukoma dengan menggunakan beberapa jenis ubat titis mata sekaligus bersedia untuk melakukan pembedahan katarak, iStent adalah pilihan yang terbaik untuk keadaan mata sedemikian.

Apakah itu iStent?

Alat canggih untuk terapi glaukoma

iStent bukan sahaja dikenali sebagai alat perubatan yang terkecil, dimana ia akan dimasukkan ke dalam tubuh badan manusia – ia juga memulakan revolusi dalam rawatan glaukoma sebagai peralatan pembedahan glaukoma mikro invensif yang pertama.

Diimplantasikan semasa pembedahan katarak, iStent yang merupakan alatan kecil yang dapat membantu jutaan orang (yang mempunyai penyakit glaukoma) dalam mengawal tekanan dalaman mata. iStent direka khas untuk mengurangkan tekanan mata, sekaligus menghalang glaukoma menjadi lebih teruk dan membenarkan para doctor untuk mengurangkan ubatan glaukoma anda. 

Bagaimana iStent berfungsi?

Direka khas untuk mengurangkan tekanan mata

Bertindak membantu untuk mengawal peningkatan tekanan mata. iStent membuat laluan pintas di antara bahagian depan mata dengan laluan pengairan air mata, ia bertujuan untuk mengekalkan kebolehan mata dalam mengalirkan air mata secara sempurna.

iStent dimasukkan ke dalam manta anda semasa pembedahan katarak. Setelah dimasukkan, anda pasti tidak boleh melihat atau merasai akan keberadaan alat tersebut.

iStent

Kelebihan

Mengambil peluang keemasan ini, penambahan iStent semasa pembedahan katarak ini akan memberikan anda pelbagai kebaikan.

  • Terbukti selamat dan cekap seperti yang dinyatakan dalam kajian klinikal dan ribuan pesakit.
  • Tidak seperti ubatan, iStent merupakan alatan perubatan yang dicipta khas dalam berkerja secara berterusan.
  • Kebanyakan pesakit berjaya mengekalkan tekanan dalaman mata secara normal selepas beberapa tahun selepas menjalani prosedur ini.
  • Kebanyakan pesakit masih tidak menggunakan apa-apa ubatan dalam masa 3 tahun pertama.

Tanya kami mengenai iStent hari ni!

Jika anda merancang untuk pembedahan katarak dan anda juga masih mengambil beberapa ubatan bagi mengurangkan tekanan dalaman mata, anda mungkin calon yang sesuai untuk prosedur iStent ini. Hubungi para doktor kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iStent.

Muat Turun Risalah (PDF)

ASK US TODAY

BUAT TEMUJANJI

Hubungi kami hari ini

Sama ada anda memerlukan pemeriksaan mata secara mudah atau pun pembedahan mata yang kompleks, sudah pasti kumpulan oftalmologi dan optometris kami sentiasa berada di sini untuk memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu!

HUBUNGI KAMI