SOALAN-SOALAN LAZIM /

Berkaitan dengan ReLEx SMILE

Soalan 1: Apakah itu ‘SMILE’? 

Jawapan:
SMILE bermaksud pengeluaran lentikul yang bersaiz kecil. Prosedur ini hanya menggunakan satu jenis laser – laser Femtosecond sepanjang prosedur ini, bebeza dengan rawatan Femto-LASIK yang menggunakan dua jenis laser yang berlain iaitu laser Femtosecond untuk membuat bukaan dan laser Excimer.

Laser Femtosecond SMILE mampu untuk menembusi lapisan kornea tanpa membuat apa-apa belahan dan fokus kepada bahagian dalaman kornea untuk membuat satu bentuk dipanggil lentikul.

Belahan kecil juga akan dibuat di satu bahagian kornea bagi menngeluarkan lentikul tersebut. Setelah lentikul tersebut berjaya dikeluarkan, keseluruhan bentuk kornea berjay diubahsuai dan preskripsi mata/ralat refraktif mata juga berubah.

Soalan 2: Apakah kelebihan ‘SMILE’ berbanding LASIK? 

Jawapan:
Dalam rawatan SMILE, ia tidak memerlukan bukaan (flap) tidak seperti LASIK. Apabila ketiadaan bukaan tersebut (flap), ia bermakna tidak perlu risau mengenai komplikasi bukaan tersebut (flap). Seperti contoh: bukaan tergerak atau tidak berada dalam kedudukan yang sepatutnya.

Tanpa penciptaan bukaan (flap) tersebut, kita dapat memastikan kekuatan kornea berbanding LASIk, dan ia amat berkesan kepada mereka yang mempunyai ralat refraktif yang tinggi atau lapisan kornea yang nipis sebagaimana kestabilan kornea semakin berkurangan dengan penciptaan bukaan (flap).

Kelebihan yang ketiga ialah pemeliharaan saraf kornea. Dalam proses pemciptaan bukaan (flap) semasa prosedur LASIK, kita juga memotong banyak saraf dan ini menyebabkan komplikasi mata kering selepas rawatan lasik semakin terasa.

Secara ringkasnya, dengan ketiadaan bukaan (flap), anda dapat memilahar kestabilan kornea, kurang rasa mata kering dan tiada komplikasi bukaan (flap).

Untuk keselesaan pesakit – kerana hanya belahan yang bersaiz kecil dibuat dalam SMILE, pesakit akan kurang merasa mata pedih dan sakit berbanding LASIK dimana bukaan (flap) yang besar dibuat semasa prosedur LASIK.

Soalan 3: Apakah ‘SMILE’ lebih baik berbanding LASIK? 

Jawapan:
Dari segi sesetengah aspek keselamata – tiada bukaan (flap) bermakna tiada komplikasi bukaan (flap) dan ia memelihara kekuatan kornea selepas rawatan berbanding prosedur LASIK. Ia juga memberikan keselesaan yang lebih, pesakit akan kurang berasa mata kering (kerana lebih banyak saraf kornea dapat dipelihara) dan kurang rasa sakit selepas rawatan.

Keputusan yang baik sama seperti rawatan LASIK. LASIK sudah lama dikenali dan rawatan ini dapat memberikan keputusan penglihatan yang bagus dan memuaskan hati pesakit.

Soalan 4: Berapa lama ‘SMILE’ sudah dikenali dalam kalangan orang ramai? 

Jawapan:
SMILE sudah lama dipraktikkan di Eropah dan bahagian dunia yang lain melebihi 5 tahun. Di Malaysia, SMILE diperkenalkan oleh OPTIMAX kepada orang ramai pada bulan Ogos 2013.