SOALAN-SOALAN LAZIM /

Persediaan sebelum LASIK

Soalan 1: Bagaimana untuk mengetahui samaada saya sesuai untuk rawatan LASIK?

Jawapan:
Tidak semua orang merupakan calon yang sesuai untuk pembedahan laser mata. Untuk memastikan bahawasanya anda sesuai, anda mesti menjalani ujian kesesuaian LASIK atau pemeriksaan secara menyeluruh di OPTIMAX.

Sesi pemeriksaan mata akan merangkumi sesi kaunseling dimana akan menerangkan mengenai:

Soalan 2: Adakah saya harus berhenti daripada memakai kanta lekap sebelum menghadirkan diri untuk pemeriksaan kesesuaian LASIK?

Jawapan:
Ya, amat betul sekali.

Soalan 3: Adakah saya harus membuat temu janji sebelum menghadirkan diri?

Jawapan:
Ya, penetapan temu janji sebelum melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh amat disarankan bagi mengelak daripada masa menunggu yang lama atau kecewa (ketidak hadiran optometris atau pakar bedah).

Soalan 4: Berapa lama masa yang diambil untuk melakukan pemeriksaan LASIK/pemeriksaan mata secara menyeluruh tersebut?

Jawapan:
Kebiasaannya pemeriksaan mata mengambil masa selama 2-3 jam.

Soalan 5: Kenapa pemeriksaan mata secara menyeluruh mengambil masa yang lama?

Jawapan:
Kerana kami mengamalkan dasar TIDAK KOMPROMI apabila ia mengenai keselamatan anda. Selain itu juga, kami akan memastikan:

Soalan 6: Apakah jenis ujian yang akan dilakukan semasa pemeriksaan mata secara menyeluruh tersebut?

Jawapan:

Soalan 7: Jika saya sudah membuat pemeriksaan mata di tempat lain, bolehkah saya melakukan rawatan laser tanpa menjalani pemeriksaan mata yang lain di OPTIMAX? 

Jawapan:
Tidak boleh. Kami tidak dapat memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan ujian yang telah dilakukan di tempat lain.

Soalan 8: Jika saya tidak sesuai untuk rawatan LASIK, bagaimana caranya untuk mengurangkan kebergantungan kepada pemakaian cermin mata? 

Jawapan:
OPTIMAX ada menawarkan beberapa prosedur refraktif yang lain bagi mereka yang tidak sesuai dengan rawatan LASIK, temasuklah Implantasi Kanta Dakam Mata (ICL), Penukaran Kanta Refraktif (RLE), Kanta Lekap Keras (RGP) dan Kanta Ortho-K.

Soalan 9: Saya mula berasa susah untuk melihat objek pada jarak dekat, adakah LASIK dapat menyelesaikan masalah mata saya? 

Jawapan:
Masalah permulaan rabun dekat (kesusukaran dalam membaca) boleh dibetulkan dengan rawatan LASIK. Walaubagaimanapun, OPTIMAX juga ada menawarkan kaedah pembedahan mata yang lain bagi mereka yang menghadapi masalah membaca tersebut.